Friday, 6 May 2011

KETAHUI KUALITI & KEBAIKAN TUDUNG MAIRA

SATU CORAK HANYA 40 TUDUNG!!

RENCANA DARI HARIAN METRO
10 DEC 2010 – JUMAAT

TATA rias pada olahan tudung serta kesempurnaan pakaian sama ada perincian manik mahupun fabrik, antara perkiraan penting yang diambil berat oleh pemilik Maira Collections, Noraini A Rani.
Berkolaborasi dengan rakan karib, Jamayah Che Ros, sejak dua tahun lalu, penghasilan satu corak lakaran tudungnya dihadkan kepada 40 helai supaya variasi pilihan itu tidak membosankan penggemar, sekali gus tampil eksklusif.

“Rata-rata ramai yang mahukan penampilan berbeza serta eksklusif. “Untuk itu, kami mengklasifikasikan warna atau coraknya yang benar-benar memenuhi aspirasi mereka.
“Lagipun, kami mengutamakan pilihan fabrik berkualiti tinggi iaitu gred A bagi setiap jenis lycra, kain kapas dan sutera tenunan berseni atau rumit buatannya (dikenali sebagai sutera jacquard). Ia sememangnya cantik serta tidak mudah rosak.
“Jangka hayat untuk setiap helai itu melebihi setahun pemakaiannya, justeru, ia antara jenama pilihan ramai dengan coraknya yang tersendiri,” katanya.
Rekaan tudung turut disertakan butiran manik terpilih daripada swarovski untuk dibentuk pada sengkuap, kepala juga bahagian bawah tudung demi menyerlahkan gaya.
“Untuk setiap taburan manik pada tudung, ada penggemar yang mahukan corak manik berbeza. “Perincian manik dalam bentuk corak bunga atau garisan memang memberi kesan tertentu kepada si pemakai untuk kelihatan berbeza daripada orang lain,” katanya.
Dia turut menyarankan pengguna kreatif ketika memadankan warna pakaian dengan tudung yang diperagakan untuk menyerlahkan penampilan.
“Bagi pakaian yang bercorak besar contohnya corak bunga, ia hendaklah dipadan dengan tudung yang tidak bercorak. Begitu juga jika mengenakan tudung bercorak, sebaiknya dipadankan dengan baju polos atau bercorak pada kainnya saja,” katanya.
Menurutnya, oleh kerana kebanyakan wanita bertudung hari ini bijak mengolah fesyen mengikut cita rasa semasa, tentunya kreativiti amat diberi perhatian. Ini terutama mereka yang tidak mahu ketinggalan dalam berfesyen, tetapi tetap mengikut tuntutan syarak.
“Kebijaksanaan memilih busana dan tudung akan memberi kelebihan tersendiri kepada pemakaian kita,” katanya.

Mengenai pakaian atau jubah, Noraini akur pilihan masyarakat hari ini yang mementingkan material penuh tarikan. Ini kerana ia bukan hanya sesuai untuk bersantai sebaliknya mampu membawa si pemakai ke majlis ilmu atau ke pentas lebih berprestij.
“Tidak lupa kepada yang hendak mengerjakan haji atau umrah, jubah atau abaya khusus dengan sentuhan putih bersih, senada dengan tudung pilihan juga disediakan. “Lebih menarik, saya turut mengambil kira bentuk lengan yang amat menitikberatkan soal kelonggaran serta selesa ketika hendak mengambil wuduk,” katanya yang memiliki 20 stokis dan lebih 200 pengedar di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment